Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wanita Myanmar ditahan kerana guna identiti orang lain dapatkan vaksin COVID-19

MELAKA: Seorang wanita warga Myanmar ditahan ketika mendapatkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di sebuah klinik di Melaka Tengah di sini pada 18 Ogos lepas kerana dipercayai menggunakan identiti orang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka Supt E. Sundra Rajan berkata suspek berumur 27 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 .00 petang selepas didapati menggunakan pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera yang didaftarkan di bawah nama seorang pekerja lelaki dari sebuah syarikat percetakan di Cheng di sini.

“Kejadian itu disedari mangsa yang juga seorang warga asing berusia 30an yang memeriksa maklumat penerimaan vaksin dalam aplikasi tersebut, dan mendapati ia sudah dikemas kini dan tercatat sudah mengambil dos pertama.

“Lelaki itu telah mengadu hal tersebut kepada majikannya sebelum majikan itu membuat laporan polis yang mendakwa identiti pekerjanya telah digunakan oleh pihak ketiga untuk mendapatkan suntikan vaksin,” beliau menyebut dalam satu kenyataan di sini pada hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menyita satu kad vaksin atas nama suspek, i-kad bertulis ‘Malaysia Immigration Regulations 1963 Visit Pass’ yang dipercayai palsu, satu salinan kad pasport yang telah tamat tempoh dan telefon bimbit suspek. 

Beliau berkata pihaknya mendapati klinik swasta terbabit telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19.

Katanya, suspek direman selama 17 hari bermula 19 Ogos hingga 4 Sept bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran dan menggunakan identiti individu lain bagi pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah,” katanya.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan