Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Israel bertanggungjawab ke atas kesejahteraan wanita hamil Anhar Deek, kata Liga Arab

ByYazid Ibrahim

KAHERAH: Liga Arab semalam mahu Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesejahteraan tahanan Palestin, Anhar Deek, yang dijangka akan melahirkan bayinya.

Pertubuhan seluruh Arab itu mendesak pertubuhan masyarakat madani (CSO) di seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa, demikian menurut agensi berita Jordan, Petra.

Penolong Setiausaha Agung Liga Arab Said Abu Ali dalam satu kenyataan media menyebut Sekretariat Agung mengikuti dengan penuh prihatin penderitaan tahanan Palestin, yang sebahagiannya terdiri daripada kanak-kanak, pesakit, wanita dan warga tua.

Deek, yang tempoh bersalinnya tinggal hanya beberapa hari lagi, mengalami kekurangan rawatan perubatan, kenyataan itu menyebut dan menekankan ia bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia dan nilai-nilai kemanusiaan.

Tags: #bm, israel

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan