Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad meninggal dunia

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kamaruddin Ahmad meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Rawang Selangor, pada pagi tadi.

Anak Allahyarham Kamarul Zaidi Kamaruddin, 53, ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 7.00 pagi.

“Kebelakangan ini, Allahyarham tiada selera makan menyebabkan beratnya semakin menyusut.

“Arwah ada juga mengadu sakit pinggang dan sendi tapi saya tidak berkesempatan berjumpa arwah disebabkan pandemik ini,” katanya.

Kamaruddin, 78, dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, diabetes dan sakit pada bahagian prostat.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung pada tengah hari tadi.

Terkenal pada era 1980-an ketika beliau masih bertugas di RTM, Kamaruddin turut bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud sebagai penyampai berita di televisyen.

Tags: #bm, RTM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan