KUCHING, 2 OGOS:Â Sebuah sindiket judi atas talian yang mengaut keuntungan RM3,500 sehari akhirnya berjaya ditumpaskan dalam satu serbuan oleh pihak polis.
Sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi selama enam dari sebuah rumah teres itu didalangi 13 individu termasuk dua wanita warga Indonesia dari sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Lapangan Terbang di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, bertindak atas risikan, satu serbuan telah dilakukan di lokasi pada jam 5.30 petang Ahad tersebut dan kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 42 tahun telah diberkas polis.
“Siasatan awal hasil risikan mendapati bahawa pusat tersebut telah beroperasi secara syif untuk tempoh 24 jam sejak enam bulan lepas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching sebentar tadi.
Pihak polis juga merampas pelbagai peralatan termasuk monitor komputer, telefon bimbit, router, modem dan lain-lain yang digunakan untuk mengoperasikan kegiatan perjudian tersebut.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih dari RM50,000 serta penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya.
Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 51(5)(B) Akta Imigresen 1959/63 bagi membantu siasatan.
LAPORAN PENUH MENYUSUL