Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rangka mangsa lemas di Sungai Kuala Pai ditemui selepas 26 hari

ALOR SETAR, 22 Julai — Rangka manusia dipercayai milik seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Kuala Pai dekat Kuala Nerang pada 27 Jun lalu, ditemukan di sungai berkenaan hari ini. 

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar berkata, rangka dipercayai milik Muhamad Shahril Hamid, 30, ditemukan oleh orang awam di dalam sungai berkenaan selepas 26 hari dilaporkan lemas.

“Polis menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 3.35 petang yang memaklumkan tentang penemuan rangka manusia di dalam Sungai Kuala Pai.

“Rangka berkenaan ditemui lebih kurang 100 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh pada 27 Jun lalu. Operasi mengeluarkan rangka itu telah dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, rangka berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan