Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Apabila Si Bujang Menjual “Kukis”…

KEBERANIAN dan keyakinan seorang pemuda melepaskan kerjaya tetap dan stabil sebagai pegawai bank dan pensyarah ternyata berbaloi apabila mencapai impiannya untuk mempunyai fleksibiliti dan kualiti hidup setelah bergelar seorang usahawan.

Walaupun pangkat kerjayanya dahulu “sedap didengar” orang namun dek kerana tidak memenuhi impian hidupnya yang sebenar iaitu mempunyai kebebasan dan kepuasan diri, Shaffaridzuan Yakub, 29, tidak teragak-agak mengambil keputusan beralih arah menjual biskut yang dijenamakannya sebagai “Kukis Orang Bujang”.

Namun Shaffaridzuan tidak melepaskan begitu sahaja minat mengajarnya kerana masih mengajar kelas atas talian dari peringkat sekolah rendah ke peringkat diploma menggunakan kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) selain menjadi tenaga pengajar kecergasan zumba sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kelas akademik yang bermula seawal jam 10 pagi dan berlangsung ke jam 10 malam juga dimanfaatkan beliau untuk beliau mempromosikan produk dan perkidmatan beliau termasuklah biskut dan perkidmatan mengajarnya.

Antara yang mendapat sambutan ramai dari lebih 20 jenis “kukis” beliau adalah seperti “Kukis Cip Coklat”, biskut “Snow Almond” dan Nestum Cheese.

Pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan Korporat dari UNIMAS ini mengakui sememangnya tertarik berniaga sejak kecil apabila membantu ibunya menjual pelbagai jenis biskut dan dari situlah timbul ilham dan minat untuk mengembangkan perniagaan biskut ibunya.

“Jika dahulu ibu saya hanya membuat biskut secara kecil-kecilan tanpa sebarang penjenamaan namun saya rasakan ada potensi untuk mengembangkan bisnes ini memandangkan sememangnya ada permintaan dan setiap kali saya buka tempahan, saya boleh mendapat tempahan beratus-ratus balang terutamanya semasa musim perayaan.

“Pada asalnya, perniagaan ini milik ibu saya semenjak saya kecil lagi cuma kini saya mengembangkan sendiri perniagaan ini mengikut ilmu yang ditimba dari universiti iaitu dari segi penjenamaan dan pemasaran produk yang kini dengan hanya menggunakan platform media sosial,” katanya yang berasal dari Kampung Semariang Batu.

Gambar: Beliau ketika menjadi Pegawai Bank
Gambar: Shaffaridzuan dengan produk biskutnya

Gambar: Zumba Instructor

Daripada hanya sebuah perniagaan suka-suka, kini hampir semua produk biskut beliau dijenamakan di bawah syarikat KOBSY iaitu sebuah syarikat berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan.

“Ada yang sokong dan ada yang tidak menyokong keputusan saya tetapi bagi saya adalah kepercayaan kepada kemampuan diri dan sikap mahu membuat perubahan dan kelainan.

“Bagi saya memang berisiko juga, tidak saya nafikan. Namun jika kita gembira dan selesa dengan apa kita buat, memang kita tidak akan menanggapnya sebagai sesuatu yang beban.

“Bagi saya, saya suka cara sebegini kerana dapat menggabungkan kesemua minat saya untuk menjana pendapatan,” katanya.

Gambar: Shaffaridzuan fokus mengajar pelajarnya
Gambar: Menerangkan jadual pembelajaran dan pengajaran

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan