Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Vaksin CanSino Akan Terus Diagih Kepada Kumpulan Sasaran

ByFebbright James

KUCHING, JULAI 7 :Vaksin CanSino akan terus diagihkan kepada kumpulan sasaran terutamanya penduduk di kawasan luar bandar dan golongan gelandangan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed, pemberian vaksin dos tunggal itu akan membantu mempercepatkan lagi program vaksinasi di negeri ini.


“Kita telah mengkhususkan kawasan mana yang akan diberi vaksin CanSino terutama kepada penduduk luar bandar yang mempunyai kesukaran dari segi logistik, pengangkutan dan akses kepada pusat pemberian vaksin. Begitu juga dengan kumpulan sasaran yang lain seperti gelandangan. Sekiranya bekalan vaksin tersebut telah tiba, maka ia akan diagihkan terus kepada mereka.”


Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Di Wisma Bapa Malaysia pada Rabu.

Dr Mohamed Sapian memegang jawatan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang baharu menggantikan Dr Chin Zin Hing yang bersara wajib pada 21 Mei 2021.


Beliau telah memulakan tugasnya sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada 14 Jun 2021 yang lepas. Sebelum ini, beliau bertugas di jabatan kesihatan negeri Pahang sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam).

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sarawak turut  menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Yayasan Sarawak yang baharu, Mersal Abang Rosli.

Mersal memulakan tugasnya sebagai Pengarah Yayasan Sarawak yang baharu pada 1 Julai lepa

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan