PPRMS terus bantu baiki rumah uzur

ByEekbal Yusuf


KUCHING: Sebanyak 26 rumah dibaik pulih menerusi Program Penambaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek baik pulih rumah membabitkan penggantian atap, dinding dan lantai yang sudah uzur.

Menurutnya, pelaksanaan program tersebut dilaksanakan secara berterusan dan permohonan boleh dibuat menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Pada tahun lepas dan tahun ini, pelaksanaan program sedikit lewat disebabkan pandemik COVID-19 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katany ketika meninjau keadaan rumah yang dibaik pulih menerusi PPRMS di Kampung Jaya Bakti dan Kampung Sri Kandong.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, PPRMS yang dimulakan sejak 2018 adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan membaik pulih rumah mereka.

Menurutnya, rakyat Sarawak amat beruntung kerana program tersebut hanya ada di negeri ini bagi membantu membaik pulih rumah yang uzur.

“Kebanyakan pemilik rumah menyambut baik program ini dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” ujarnya

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan