Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan manakala Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri serta mengetuai Kluster Keselamatan, menggantikan Ismail Sabri. Pengumuman tersebut dikeluarkan menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
