Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hebahan Pengambilan Khas Guru Secara ‘One-off’ Selewat-Lewatnya Petang Ini – SPP

ByTVS

KUALA LUMPUR, 7 JULAI (Bernama) — Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘one-off’ atau sekali sahaja seperti diumumkan sebelum ini akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 5.30 petang ini (Rabu).

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), selaku Pihak Berkuasa Melantik, dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengambilan khas itu akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara.

“Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung graduan pendidikan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPP menyarankan calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas tersebut.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan Kementerian Pendidikan akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ membabitkan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara terutama Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

— BERNAMA

Tags: #bm, guru, spp

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan