Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Foto: Bernama

Dunia perlu pendekatan baharu tangani Covid-19 – Hishammuddin

ByTVS

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Dunia memerlukan pendekatan baharu dalam menangani COVID-19 susulan kemunculan varian-varian baharu yang menyebabkan peningkatan kes di seluruh dunia, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Melalui hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata perkara itu disampaikannya semasa Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN-Rusia yang diadakan secara maya petang hari Selasa.

“ASEAN-Rusia banyak fokus terhadap usahasama menangani COVID19 sejak setahun lalu,” katanya.

Dalam konteks isu-isu serantau, Hishammuddin menekankan pandemik COVID-19 meningkatkan persaingan kuasa-kuasa besar dunia serta melemahkan sistem pelbagai hala.

“Dalam hal ini, ASEAN mesti kekal sebagai teras Asia Pasifik manakala Rusia mesti terus menyokongnya demi keamanan serta kestabilan di rantau ini,” katanya.

Mesyuarat khas itu dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan