Search
Close this search box.
buang-bayi

Bayi lelaki pramatang di Kolong rumah, LAHAD DATU

LAHAD DATU, (Bernama) — Seorang bayi lelaki pramatang yang masih bertali pusat ditemukan di atas tanah berlumpur di kolong sebuah rumah di Kampung Dasar Baru di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata bayi itu ditemukan oleh pemilik rumah berkenaan yang terdengar tangisan bayi serta bunyi anjing menyalak pada 7.30 malam.

“Wanita berusia 27 tahun itu kemudian bersama suami dan abangnya memeriksa kolong rumah dan menemui bayi dengan kesan gigitan tertiarap di atas tanah.

“Susulan itu bayi berkenaan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rohan Shah berkata berdasarkan maklumat daripada hospital, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan kira-kira empat jam sebelum ditemukan serta pramatang dengan berat hanya satu kilogram.

“Keadaan bayi itu juga dilaporkan tidak stabil dan kini dirawat di unit rawatan rapi bayi,” katanya, menambah kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta  orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perkara itu agar tampil memberi kerjasama dengan menghubungi Sarjan Aspalainah Mohd Zain di talian 0111-9019728 atau ke balai polis berdekatan.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan