Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APMM gagalkan cubaan seludup 300 kg daun ketum ke negara jiran
Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di sini, Khamis lepas. Foto arkib TVS.

APMM gagalkan cubaan seludup 300 kg daun ketum ke negara jiran

KANGAR, 1 Julai (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar 300 kilogram daun ketum ke negara jiran di persisiran pantai muara Sungai Baru, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, bot penguat kuasa telah mengekori bot dinaiki dua suspek namun sebaik menyedari diekori, suspek bertindak memecut laju dengan berpatah balik menghala ke daratan dan meninggalkan bot dalam kawasan berlumpur sebelum meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan, APMM menemukan enam bungkusan besar plastik hitam di bahagian belakang dan hadapan bot yang diubah suai itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kandungan bungkusan terbabit disyaki daun ketum dengan anggaran berat 300 kilogram,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohd Shafie berkata nilai keseluruhan rampasan termasuk daun ketum, bot fiber berserta enjin sangkut bergalah dianggarkan berjumlah RM69,000.

“Semua hasil rampasan dan bot tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Tags: #bm, ketum

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan