Search
Close this search box.
TIGA BERANAK MAUT, KENDERAAN SUV BERTEMBUNG BAS

Tiga beranak maut, kenderaan SUV bertembung bas

DUNGUN, (Bernama) — Tiga beranak maut setelah kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di kilometer 25 Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) berhampiran Bandar Ketengah Jaya, petang tadi 29 Jun 2021.

Dalam kejadian kira-kira 3.10 petang mangsa, Mohd Zuki Yusof, 44, yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2 dan isterinya Nur Farraheeda Ali Khan, 41, iaitu kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) maut di lokasi kejadian.

Sementara anak perempuan pasangan terbabit Nasyreen Umayra Mohd Zuki, 10, maut ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.

Seorang lagi anak mereka Damia Irdina, 13, yang turut menaiki kenderaan sama mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Dungun.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila SUV tersebut hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum bertembung dengan sebuah bas dari arah bertentangan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al-Muktafi Billah Shah, Zul Husni Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.14 petang dan lapan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, kita mendapati pasangan suami isteri terbabit tersepit di bahagian tempat duduk hadapan kenderaan dan telah meninggal dunia. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan