Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rasuah Elak Dikompaun: Tiga Anggota Polis Ditahan SPRM
Dua lelaki termasuk seorang Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan kuasa pelantikan pengarah urusan sebuah syarikat usaha sama, empat tahun lepas. 

Rasuah elak dikompaun: tiga anggota polis ditahan SPRM

SHAH ALAM, (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga orang anggota polis, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM2,000 daripada seorang individu, bagi mengelakkan daripada dikompaun atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki yang berusia 26 hingga 31 tahun itu, ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pada jam 6 petang tadi, selepas hadir memberikan keterangan.

“Difahamkan, kejadian berlaku apabila individu tersebut sedang menjalankan kerja-kerja mengalihkan batu-bata, dari lori kren ke rumah kakaknya yang sedang dalam pembinaan di Shah Alam, didatangi oleh ketiga-tiga suspek pada 25 Jun lalu.

“Salah seorang daripada suspek telah meminta dan menerima wang tunai daripada individu tersebut, agar kerja-kerja yang dilakukan individu terbabit tidak diadukan kepada Pegawai Pemantau Polis, untuk tindakan kompaun sebanyak RM20,000 hingga RM50,000, disebabkan menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP,” menurut SPRM dalam sebuah kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi, mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada jam 9 pagi esok untuk permohonan reman.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan