Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jepun dan Amerika Syarikat beri sumbangan vaksin COVID-19 pada Malaysia, Julai ini

 Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Jepun dan Amerika Syarikat bakal memberi sumbangan masing-masing satu juta vaksin COVID-19 kepada Malaysia pada 1 dan 2 Julai nanti.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Jepun menyumbang satu juta vaksin Astra Zeneca manakala Amerika Syarikat pula menyumbangkan vaksin keluaran Pfizer.

Katanya, kerajaan berterima kasih atas sumbangan tersebut dan menunjukkan kedua-dua negara berkenaan percaya dengan usaha negara memerangi COVID-19.

“Sumbangan ini melambangkan keprihatinan kedua-dua kerajaan serta kepercayaan mereka terhadap negara kita dalam memerangi COVID-19 dan menyokong program imunisasi global bagi membendung wabak ini.

“Bekalan vaksin ini akan dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan bantu Malaysia capai nilai ambang seperti dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Vaksin akan diedarkan segera ke PPV seluruh negara untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media mingguan PICK pada Rabu.

Tambah lagi, Pusar Pemberian Vaksin mega juga akan beroperasi dengan kadar lebih tinggi mulai hari ini dengan pelaksanaan dos kedua. Antara yang terlibat adalah PPV KLCC yang meningkat kepada 8,000 dos sehari dan Setia City Convention Centre kepada 6,000 dos sehari.

Sumber : Astro Awani

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan