Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KRU KAPAL WARGA THAILAND MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

Kru Kapal Warga Thailand Maut Terkena Renjatan Elektrik

LUMUT, 29 Jun (Bernama) — Seorang kru kapal warga Thailand maut selepas mengalami kecederaan parah akibat terkena renjatan elektrik ketika berada di atas sebuah bot nelayan tempatan kira-kira 26.8 batu nautika barat laut Pulau Pangkor, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata mangsa yang berumur 54 tahun itu meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung kira-kira pukul 6 pagi.

Shahrizan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan kira-kira 1.27 pagi tadi sebelum Kapal Maritim (KM) Gagah dikerahkan ke titik koordinat kecemasan tersebut bagi melaksanakan pemindahan dan bantuan perubatan kepada mangsa. 

“Pihak Hospital Seri Manjung turut dimaklumkan bagi bantuan kecemasan dan perubatan terhadap mangsa. Operasi mencari dan menyelamat juga telah diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi.

“Setibanya di lokasi kejadian kira-kira 2.30 pagi, kru kapal segera melaksanakan pemindahan mangsa dari bot ke kapal dan seterusnya dibawa ke jeti Pasukan Gerakan Marin (PGM) Kampung Acheh bagi pemindahan mangsa kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata hasil maklumat di lokasi, kejadian dilaporkan berpunca daripada renjatan elektrik di atas bot berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami melecur separuh badan dan ketika ditemukan, mangsa dalam keadaan separa sedar.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan