Search
Close this search box.
SEORANG MAUT, ENAM CEDERA VAN KILANG TERBABAS KE DALAM PARIT

Seorang Maut, Enam Cedera Van Kilang Terbabas Ke Dalam Parit

SEREMBAN, 25 Jun (Bernama) — Seorang pekerja kilang wanita maut manakala enam lagi cedera apabila van kilang yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit, di Kilometer 14 Jalan Labu Batu 8, dekat Seremban, pagi tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa S. Selvarani, 54, yang tersepit di tempat duduk belakang van berkenaan disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.01 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, terdapat tujuh mangsa terdiri daripada lima wanita dan dua lelaki di dalam van berkenaan dan anggota bomba kemudian membantu mengeluarkan kesemua mangsa manakala mangsa yang tersepit disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa lain menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan