KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di negara ini kembali meningkat kepada 5,244 kes selepas dua hari berturut-turut merekodkan bawah angka 5,000.
Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perangkaan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 501 kes berbanding 4,743 kes, semalam.
![](https://s3.tvstv.my/wp-content/uploads/2021/06/1-11-1024x1024.jpg)
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 711,006.
Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 2,001 kes diikuti Negeri Sembilan (677); Sarawak (577); Kuala Lumpur (531); dan Johor (282).
Pahang pula mencatat 245 kes, Kedah (189), Melaka (180), Sabah (129), Pulau Pinang (159), Kelantan (81), Labuan (77), Perak (75), Terengganu (27); Putrajaya (13); dan Perlis hanya satu kes.
— BERNAMA