Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Juruteknik Diiktiraf Sebagai Hero Bomba

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Seorang juruteknik di Electra House, Kuching diiktiraf sebagai hero bomba susulan tindakan cepat dan berani yang dilakukannya apabila memadam kebakaran di Taman Matang Ria KM 8 Matang, Kuching menggunakan alat pemadam api miliknya hingga api tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Menghargai Kecekapan Beliau, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sarawak Khirudin Drahman telah menyampaikan Sijil Hero Bomba kepada beliau di pejabatnya hari ini.

Ketika ditemui, beliau yang dikenali sebagai Muhd Sadik memberitahu telah menerima latihan tatacara penggunaan alat pemadam api daripada pihak bomba.

Tindakan pantas dan bertanggungjawab beliau telah berjaya menyelamatkan bukan sahaja rumah tersebut, tetapi kediaman lain di kejiranan itu.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan