Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Len Talif Tinjau PPV Bergerak Muara Payang

ByEekbal Yusuf

SARIKEI: Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh telah meninjau perjalanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak SK Muara Payang.

Tujuan utama tinjauan tersebut adalah untuk memastikan proses pemberian vaksin yang berlangsung selama dua hari bermula semalam hingga hari ini berjalan lancar.

“Dianggarkan seramai 800 orang penerima yang melibatkan penduduk di kawasan Muara Payang menerima vaksin dalam tempoh dua hari ini,” demikian menurut Jurucakap PPV Bergerak Muara Payang.

Tambahnya, semalam vaksin diberikan kepada penduduk Muara Payang Sarikei manakala hari ini pula pemberian vaksin bagi penduduk Muara Payang Samarin, dan pembahagian ini adalah bagi mengelak kesesakan di PPV Bergerak berkenaan.

Seramai 173 orang telah menerima vaksin pada semalam manakala pada hari sasaran penerima vaksin ialah 336 orang.

Bagi mencapai sasaran 800 penerima vaksin di kawasan tersebut, penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah dijemput untuk hadir terus ke PPV menerima vaksin walaupun belum mendapat temujanji daripada aplikasi MySejahtera atau belum termasuk dalam Senarai Penerima Vaksin dari PPV ini. 

“Seramai 42 orang petugas yang terdiri daripada petugas agensi kerajaan di Daerah Sarikei seperti kakitangan Hospital dan Jabatan Kesihatan, Pejabat Daerah, Pejabat Residen, Polis, Bomba, Lembaga Sungai-Sungai, Pertahanan Awam, Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya telah membantu menjayakan perjalan program pemberian vaksinasi tersebut,” jelasnya.

Sumber dari PPV SK Muara Payang turut memaklumkan bahawa secara keseluruhannya operasi PPV Bergerak telah berjalan dengan lancar semalam. 

“Keadaan di PPV yang terkawal telah memudahkan para petugas menjalankan tanggungjawab masing-masing dan penerima vaksin juga telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab, Pengerusi PICK Bahagian Sarikei Felicia Tan, Pengarah PICK Daerah Sarikei Christopher Ranggau Unting dan wakil Ketua Masyarakat, Penghulu Bidai. 

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan