Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tun Taib Lengkapkan Suntikan Dos Kedua Vaksin

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 pada Sabtu di Pusat Perubatan Normah di sini.

Beliau dalam hantaran di akaun Instagram rasminya memberitahu dos pertama telah diterima pada 17 Mei lalu.

“Alhamdulillah, saya mendapat dos kedua vaksin COVID-19 pada Sabtu, 12 Jun 2021.

“Seperti orang lain, saya teruja apabila janji temu dos pertama saya dijadualkan pada 17 Mei untuk penerima fasa kedua,” katanya.

Tun Taib turut berkongsi pengalamannya semasa proses vaksinasi termasuk menjalani peringkat pemerhatian selama 30 minit bagi mengesan sebarang kesan sampingan selepas divaksin.

“Semuanya berjalan lancar dan saya tidak mempunyai kesan sampingan yang besar dari dos vaksinasi pertama dan kedua,” katanya.

Dalam hantaran itu, Tun Taib turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa bekerja keras dalam perjuangan menentang wabak COVID-19 yang semakin rumit.

Malah, beliau juga menyeru rakyat Sarawak untuk mendaftar sebagai penerima vaksin dalam memastikan semua rakyat di negeri ini diberi vaksin sepenuhnya menjelang Ogos kelak.

“Kita perlu menjaga Sarawak dengan baik dan hanya dengan vaksinasi, kita dapat berjuang dalam memerangi COVID-19,” katanya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan