Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MARAN, 16 Jun -- Petugas barisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyuntik vaksin COVID-19 kepada Orang Asli suku Semelai pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Kampung Paya Besar hari ini. Petugas barisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat cekal kerana sanggup turun hingga ke kawasan pedalaman bagi memastikan semua rakyat menerima vaksin sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Vaksinasi COVID-19 Perlu Diadakan Di Pusat Jagaan Khas

ByEekbal Yusuf

SIBU: Program suntikan vaksin COVID-19 bagi individu berkeperluan khas perlu diadakan di pusat-pusat jagaan khas di seluruh Sarawak bagi mengelakkan golongan berkenaan tercicir daripada mendapatkan vaksin.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata individu berkeperluan khas ini sudah biasa dengan persekitaran di pusat jagaan tersebut lantas memudahkan mereka divaksinasi.

“Mereka sudah biasa dengan persekitaran di pusat jagaan jadi mudah untuk jalankan vaksinasi apabila mereka tidak takut dan dapat ditenteramkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau proses pemberian vaksin di Pusat Agape Sibu di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini hanya Pusat Agape Sibu menjadi lokasi untuk pemberian vaksin khusus bagi golongan berkeperluan khas berumur 18 tahun ke atas di negeri ini yang dijalankan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian dan Hospital Sibu.

Program vaksinasi selama tiga hari yang bermula hari ini turut bertujuan menyuntik ibu bapa atau penjaga dengan sasaran 750 orang penerima.

Fatimah berkata, selain individu berkeperluan khas, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Sarawak diminta mempertimbangkan keutamaan pemberian vaksin kepada guru, pendidik dan pengasuh di taska dan tadika swasta.

“Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sedang dijalankan, taska dan tadika swasta diberikan kebenaran beroperasi untuk memberikan perkhidmatan menjaga anak-anak petugas barisan hadapan.

“Oleh demikian, mereka ini wajar diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin,” katanya sambil memaklumkan terdapat 125 tadika dan 91 taska diberikan kebenaran beroperasi di seluruh Sarawak.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan