KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tanpa mencatat sebarang urus niaga pada Rabu.
Pada 9.33 pagi, bulan semasa Jun 2021disandarkan pada RM225.00 segram dan Julai 2021 pada RM230.00 segram manakala Ogos 2021 dan September 2021 masing-masing pada RM255.00 segram.
Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka berjumlah lapan kontrak.
Selain itu, pada 9.30 pagi, harga emas fizikal berkurangan 86 sen kepada RM237.75 segram daripada RM238.61 segram semalam.
— BERNAMA