Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Guna Helikopter Untuk Pasukan Vaksinasi Bergerak Di Sarawak – Abang Johari


KUCHING, 16 Jun (Bernama) — Kerajaan negeri Sarawak menggunakan perkhidmatan helikopter doktor udara untuk sampai ke kawasan pedalaman negeri itu, bagi mencapai sasaran vaksinasi 80 peratus penduduk negeri itu menjelang Ogos.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kos perkhidmatan itu yang ditanggung kerajaan negeri akan digunakan pasukan vaksinasi bergerak, yang turut menggunakan pengangkutan sungai untuk sampai ke penempatan yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan raya.

“Kita telah membuat beberapa penyesuaian, mengikut keperluan tempat masing-masing, khususnya di luar bandar, kita telah menggunakan (kaedah) suntik dulu baru mendaftar, kerana kita nak mempercepatkan (proses vaksinasi),” katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini beliau berkata, jumlah PPV di negeri ini juga akan ditambah lagi daripada 213 yang beroperasi sekarang, bagi mencapai sasaran vaksinasi 50,000 orang sehari.

Menurutnya, sejumlah 110,380 dos vaksin akan tiba esok untuk diberikan kepada penduduk di Miri, Bintulu dan Belaga, manakala 350,000 dos lagi akan tiba di Kuching pada Jumaat ini, untuk PPV di Kuching.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan