Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Feb hingga 14 Mac, bagi permohonan Fasa Pertama dan dari 14 April hingga 18 Mei bagi Fasa Kedua.

UPUOnline dibuka semula untuk lepasan SPM bermula esok

ByBernama


PUTRAJAYA: Portal rasmi UPUOnline dibuka semula untuk permohonan masuk ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2021/2022.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM ke program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bermula esok hingga 21 Jun ini.

“Keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini,” menurut KPT dalam satu kenyataan hari ini.

Pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA.

Bagi pelajar yang belum pernah memohon, perlu mengemukakan permohonan dan memilih program pengajian  manakala bagi pelajar yang telah memohon perlu mengemas kini pilihan program pengajian bermula 12 tengah hari, 15 Jun hingga 5 petang, 21 Jun.

“Keputusan ini diharapkan dapat memberi ruang yang secukupnya kepada pelajar untuk mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian,” menurut KPT.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan