Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Fungsi Vaksin Sama Tanpa Mengira Jenama

KUCHING: Vaksin COVID-19 yang diberikan kepada para penerima dalam Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mempunyai fungsi yang sama untuk memperkuatkan imun tubuh seseorang daripada jangkitan wabak COVID-19.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung berkata, vaksin Sinovac atau Pfizer Biontech, kedua-duanya mempunyai fungsi sama iaitu menguatkan imun badan seseorang.

Katanya, pemilihan jenama vaksin yang diberikan ada bergantung kepada kemudahan di sesuatu kawasan terbabit.

“fungsi dia tetap sama, sebagai contoh Cansino, satu dos saja, tapi fungsi sama untuk..kenapa ada yang menggunakan satu dos vaksin adalah kemungkinan besar di kawasan pedalaman yang mempunyai isu logistik, yang sukar untuk masuk ke dalam kali ke dua.

“Jadi, kita memilih single dos vaksin akan tetapi tujuan dia ttp sama.” Katanya ketika dihubungi wartawan TVS, pada Isnin.

Walaubagaimanapun katanya, terdapat juga segelintir masyarakat menolak untuk divaksinasi kerana mereka terlalu memilih jenama vaksin seperti apa yang mereka dengar dari media sosial.

“Memang ada terdapat daripada kominit bila didapaiti mereka akan menerima vaksin jenama A atau B, sebagai contoh meka datang hari ni untuk terima vaksin pfizer tapi mereka lebih suka sinovac.. mereka berpendapat sedemikian adalah atas sbbb mereka tidak faham ataupun apa perbezaan anatara dua vaksin tersebut spti yang mereka dengar di media sosial,.. tapi setelah kita beri kaunseling kepadanya dan keterangan lebih lanjut, penerima tersebut terima vaksin itu,, kita harap penduduk tidak mendengar mesej viral seperti di media sosial.” Ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Dr Melvin turut menyeru kepada penerima vaksin untuk datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mengikut masa yang ditetapkan bagi mengelakan keadaan di PPV sesak dan tidak teratur.

Katanya, penetepan masa itu dibuat kerana pihaknya tidak mahu berlaku penularan wabak COVID-19 semasa para penerima menerima suntikan vaksin di PPV.

Vaksin
Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan