Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Raja Inai Sarawak

YAKIN dengan bakat dan kebolehannya melukis inai, seorang pemuda berani memberi dirinya gelaran Raja Inai Sarawak.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni, Mohamad Wasli Ismail, 28, menganggap penceburan dirinya dalam bidang seni solekan dan tatarias sebagai sesuatu yang tidak mengejutkan kerana minatnya yang mendalam.

” Saya mula dikenali sebagai artis henna pada tahun 2011 dan mula bergiat dengan lebih aktif dalam bidang artis henna dan solekan pada sekitar tahun 2013,” kata pemuda yang berasal dari Kuching itu.

‘Sejak di bangku sekolah lagi saya minat melukis dan telah menjadi pendorong untuk saya mencuba melukis di permukaan lain iaitu di tangan manusia menggunakan inai.

Perkhidmatan beliau memang laris semasa musim perkahwinan tetapi masih sempat terlibat dalam pertunjukan fesyen dan ratu cantik. Malah perkidmatan henna dan solekan beliau bukan hanya mendapat permintaan di Sabah dan Sarawak tetapi juga dari Semenanjung.

antara hasil karya solekan beliau.
kredit gambar : Raja Inai Sarawak

Antara pakej yang disediakan ialah Pakej Exclusive, Pakej Gold dan Pakej Silver. Pakej ini menggabungkan perkhidmatan solekan dan henna, menatarias pengantin lelaki, perkhidmatan perunding perkahwinan dan busana.

‘Pakej yang disediakan Raja Inai ada sedikit perbezaan iaitu pakej yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan. Saya turut memperkenalkan panel butik yang lain mengikut bajet pengantin. Selain itu setiap corak henna akan berbeza dari pengantin yang sebelumnya,” katanya kepada TVS.

antara hasil solekan Raja Inai Sarawak

Menurut beliau, sebelum ini beliau tidak pernah mengambil mana-mana kursus henna dan hanya belajar sendiri berdasarkan asas seni lukisan, manakala teknik lain beliau belajar melalui Youtube.

Bahan inai kebiasaanya beliau dapatkan dari Kuala Lumpur dari stokis India yang dibeli secara borong.

Di samping itu beliau turut mengadakan kelas asas solekan untuk wanita dan jejaka yang ingin yakin tampil cantik dan bergaya. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang beliau miliki, beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan mengajar.

Untuk berada di tahap pencapaian beliau kini tidaklah semudah yang disangka. Antara pencapaian tertinggi yang beliau kecapi ialah layak sebagai Top 30 Malaysia Top MUA 2020, Top 40 Malaysia Makeup Artist Award 2020/2021, Top Stages Makeup Artist Sarawak 2018, Henna Artist & Event coordinator untuk Majlis Perkahwinan selebriti Raja Ilya & Trent Garre dan banyak lagi.

kenangan semasa mengendali majlis perkahwinan Raja Ilya

“Pada awal pandemik tahun 2020, memang pendapatan saya teruk saya terjejas kerana permintaan yang banyak berkurangan.

“Mujur saya masih mampu bertahan kerana adanya bisnes makanan secara kecil-kecilan dan juga servis penghantaran.

hasil solekan dan juga inai dari Raja Inai Sarawak

Antara makanan yang dijual oleh beliau ialah seperti sambal tahai, sambal tempe dan juga murtabak daging. Beliau bersyukur kerana sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan.

Ikuti perkembangan semasa dan tawaran perkhidmatan beliau di Facebook dan juga Instagram !’

Tags: #bm, inai, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan