MUKAH: Seramai 475 Ketua Isi Rumah KIR di kawasan Bukit Inkerbai dan Lubok Bemban menerima bakul makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 6.0.
Pengagihan itu sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban rakyat tatkala mengharungi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rata- rata tuai rumah menyambut baik usaha murni yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Sebanyak 475 pengagihan bakul makanan merangkumi 20 buah rumah panjang di kawasan Inkerbai dan Lubok Bemban.
Rh. Langan Ak Kudum : 17
Rh. Tandang Ak Rimau : 32
Rh. Rabai Ak Irang : 20
Rh Andeson Kalong Ak Pandong : 19
Rh. Radin Ak Sumping : 30
Rh. Membuas Ak Lau : 49
Rh. Ming Ak Karong : 17
Rh. George Ak Takin : 40
Rh. Manggong Ak Akau : 10
Rh. Igun Ak Ayup : 40
Rh. Ampi Ak Inggang : 15
Rh. Seman Ak Nyuak : 22
Rh. Sumut Ak Sait : 20
Rh. Jani Ak Entalang : 18
Rh. Francis Ngang Ak Balai : 29
Rh. Jackson Uji Ak George Jantai : 16
Rh. Nicholas Layang Ak Jantum : 30
Rh. Badi Ak Ngipa : 6
Rh. Mauh Banyi : 18
Rh. Blansai Ak Suka : 27
Setakat ini, keseluruhan agihan 1217 bakul makanan telah pun diagihkan sehingga hari kedua oleh Pusat Khidmat N.57 Tellian. Keseluruhan N.57 Tellian yang akan diagihkan adalah 4231 bungkus makanan.
Terdahulu RM15 juta disediakan Kerajaan Sarawak sebagai peruntukan tambahan kepada dana RM20.5 juta untuk program bakul makanan.
Keputusan itu diambil bagi mengurangkan impak pelaksanaan PKP kepada rakyat apabila berlaku peningkatan jumlah penerima terutamanya golongan B40.