Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PKP: Warga Kapit Terus Patuhi SOP

BySteward Dawi

KUCHING, 4 Jun 2021 – Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, rata-rata masyarakat di Kapit menunjukkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tinggi.

Mereka dilihat memeberi kerjasama kepada pihak penguatkuasa yang menjalankan tugas di kawasan tersebut.

Malah, mereka hanya keluar apabila ada urusan penting atau perlu mendapatkan barangan keperluan.

Menurut Wali Kota Kapit, Lating Minggang, bagi memastikan warga Kapit mengikuti SOP yang ditetapkan, pihak pasukan penguatkuasa dan kesihatan awam Majlis Daerah Kapit turut melakukan operasi rondaan setiap hari di sekitar bandar Kapit. //

“Dengan ada nya sekatan jalan raya oleh pasukan polis dan operasi rondaan yang dijalankan oleh penguatkuasa majlis daerah kapit maka ini secara tidak langsung telah dapat membantu mengawal pergerakan orang ramai ke pasar kapit.

“Ini sekaligus, mengurangkan pergerakan orang ramai ke kawasan bandar terutamanya mereka yang datang dari kawasan pedalaman dan luar bandar.” jelasnya.

Selain itu, Lating turut memuji kerjasama yang ditunjukkan warga Kapit dan sekali lagi mengingatkan mereka untuk terus menjalani kehidupan dengan mematuhi garis panduan sop yang telah ditetapkan, walaupun selepas tamatnya PKP kelak.

Tambahnya, hal itu bertujuan memastikan penularan COVID-19 di Kapit boleh dielakkan, sekaligus menjamin keselamatan semua sama ada mereka yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan