Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID: 7,703 Kes Baharu Dilaporkan Pada Rabu

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilapor hari ini tidak banyak berubah apabila mencatatkan 7,703 kes berbanding 7,105 kes semalam, dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,728.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes direkodkan setakat ini.

Menurut beliau, Kuala Lumpur pula mencatatkan 701 kes, Sarawak (588); Negeri Sembilan (586), Johor (554); Kelantan (541); Pulau Pinang (407); Perak (224) dan Sabah (254).

Selain itu, Melaka mencatat 209 kes; Kedah (283); Terengganu (224); Pahang (237); Labuan (159); Perlis (7) ; manakala di Putrajaya hanya satu kes direkodkan.

– BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan