Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lapan Lokasi Sekatan Jalan Raya Didirikan Libatkan 465 Petugas

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING (1 Jun) – Seramai 465 petugas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA dan beberapa agensi lain ditugaskan di lapan lokasi sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada kali ini.

“Kita akan melaksanakan lapan sekatan jalan raya yang baharu untuk menutup laluan keluar dan masuk di kawasan Kuching.

Dalam masa yang sama, kita juga mengaturkan dua sekatan jalan raya yang mobile daripada satu tempat ke satu tempat, lokasi-lokasi yang kita kenal pasti menjadi tumpuan orang ramai dan sering dilalui kenderaan yang banyak untuk kita sekat,” kata Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Ahsmon Bajah ketika ditemui kru TVS di salah satu lokasi SJR pada Isnin.

Antara lokasi SJR tersebut adalah Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Samarahan-Kuching Expressway dan Jalan Kwong Lee Bank.

Selain itu, Ahsmon turut mendedahkan, bilangan anggota akan ditambah mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa bagi mencapai tujuan utama SJR ini iaitu memastikan masyarakat di Kuching mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, Ahsmon berkata setakat jam 10 pagi Isnin, pihak polis menerima lebih 1,000 permohonan untuk mendapatkan permit merentas daerah dengan menggunakan pelbagai alasan. //

“Walaupun 90 peratus adalah atas kepentingan kerja (essential services) yang dibenarkan, tetapi daripada 1,200 permohonan yang kita terima, hanya 1,100 yang diluluskan.

Itu adalah kumpulan-kumpulan yang masih mencuba nasib menggunakan pelbagai alasan untuk merentas ke kawasan-kawasan lain,” dedahnya.

Beliau menegaskan masyarakat di sekitar kawasan Kuching untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan kerajaan agar kita dapat bersama-sama memutuskan jangkitan COVID-19 di daerah Kuching khususnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan