Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terminal bas Kuching Sentral
Terminal bas Kuching Sentral

Barang Kiriman Ganti Penumpang di Terminal Bas Sempena Gawai

ByNurul Amarlina

KUCHING, MEI 31: Terminal bas Kuching Sentral yang dahulunya dipenuhi penumpang untuk balik kampung meraikan Gawai kini dipenuhi dengan barang kiriman untuk keluarga untuk sambutan itu.

Terminal bas Kuching Sentral dipenuhi dengan barang kiriman sempena Gawai

Menurut pekerja kaunter bagi perkhidmatan bas Bintang Jaya Willimina Baki, permintaan penghantaran kargo pada kali ini amat tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan muatan barang kiriman merangkumi kuih dan juga minuman.

“Penumpang tak ramai, tapi kargo banyak. Contohnya kuih, minuman, macam-macam lah. Oleh sebab ramai tak dapat balik kampung jadi mereka hantar barang makan. Perkhidmatan bas lain pun sama juga.”

Pekerja kaunter bas Willimina Baki berkata penghantaran kargo kali ini amat tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan muatan barang kiriman merangkumi kuih dan minuman

Bagi Noor Hafizah Sarbini yang bekerja di Bus Asia, beliau berkata masih ada yang berpeluang untuk balik ke kampung halaman jika mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

“Dalam bas memang ada perjarakan sosial. Tempat duduk selang seli. Setiap dua bangku seorang penumpang.

“Semasa pembelian tiket kami perlu lihat permit penumpang itu dulu. Misalnya kalau dia pergi ke Bintulu atau Miri, dia perlu permit dan keputusan ujian swab hidung, kalau dia taka da benda tu kami tidak akan jual tiket,” jelas Noor Hafizah.

Bagi suri rumah Roha Sam, beliau berkata perayaan pada tahun ini berlainan daripada biasa apabila tidak dapat berjumpa bersama ahli keluarga terdekat.

“Tahun ini sambut Gawai semasa PKP. Satu norma baharu namun kita terpaksa lah ikut arahankan.  Perasaan sedih tu tak timbullah cuma kita terasa terharu sebab tidak dapat berjumpa dengan adik-beradik dan saudara mara,” katanya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan