Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Resepi Kek Pua Kumbu Hasil Air Tangan Wanita Kejaman

ByConnie Grace

KUCHING: Asalnya sebagai hiasan dan pakaian, kain Pua Kumbu kini boleh juga dimakan apabila dijadikan kek hasil kreativiti dan kelainan yang dicipta oleh Lily Jackson.

Memandangkan sudah banyak kek lapis di pasaran, Lily Jackson yang berbangsa Kejaman dari Belaga itu menjadikan pua kumbu sebagai tema dan “trademark” nya.

Lily, 44, tahun, sebenarnya mendapat idea selepas berbincang dengan anaknya cara-cara untuk mencipta kelainan agar kek lapisnya menjadi trend dan diingati oleh pelanggannya.

Ibu kepada lima orang anak ini sebenarnya hanya membuat kek biasa namun mahu mencipta kelainan maka terhasillah kek bercorak pua kumbu.

Kini, tumpuan dan pengkhususannya ialah kek pua kumbu yang semakin mendapat tempat di pelbagai tempat dari Sarawak, Brunei, Singapura, ke Semenanjung sehinggalah ke Melbourne.

“Pelanggan yang banyak menempah adalah dari seluruh sarawak, sebelum pandemik covid, saya selalu hantar ke Semenanjung dan Brunei. Buat masa ini, kita terpaksa mengambil tempahan pelanggan dari Sarawak sahaja”

“Tapi resepi kek pua kumbu ini sudah menembusi pasaran di Singapura dan juga rakyat Malaysia yang menetap di Melbourne.” Katanya ketika dihubungi wartawan TVS, Connie Grace.

Buku Resepi Kek Lapis Premium

Menceritakan lebih lanjut, wanita kepada lima orang anak-beranak ini turut mengalami cabaran-cabaran semasa memproses kek tersebut.

“Banyak juga cabaran buat kek ini, sebab memerlukan kemahiran dalam membuat corak pua kumbu inilah. Jika dulu saya oernah mengikuti kelas PJJ tapi sehingga kini saya masih bersikap teliti dalam membuat corak ini.”

Daripada hanya membuat kek, kini beliau menjadi pelopor kelas membuat kek pua kumbu.

Kelas beliau telah menarik minat seramai 1,500 orang pelajar yang ingin berguru dengannya.

“Dalam kelas pua kumbu ni saya bahagi kpda tiga bahagian, hands on class, sekarang Covid-19, kita tidak dapat hands on, jadi kita guna kelas dalam talian sahaja, kalau dikira sekarang ini pelajar yang sudah mendaftar adalah 1,500 orang termasuk yang telah membeli buku.”

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan