LUNDU: Cubaan membawa masuk 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui sempadan Kandaie sekitar jam 5:20 petang Ahad, digagalkan oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Op Benteng.
Tiga orang warga tempatan dipercayai tekong darat turut ditahan dalam op berkenaan kira-kira dua kilometer dari sempadan antarabangsa Malaysia-Indonesia.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua PATI itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dikatakan ingin mencari kerja di Sarawak.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu untuk tindakan selanjutnya.