Lundu Mei 24 – Seramai 300 orang warga emas di Daerah Lundu telah menerima suntikan dos vaksin COVID-19 pertama semalam.
Rata-rata penerima vaksin COVID-19 adalah warga emas yang berusia dari 70 sehingga 85 tahun.
Ketika ditemui, mereka merakam penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam memastikan kelancaran program vaksinasi warga emas dan menyediakan perkhidmatan yang bagus dengan menyediakan kerusi roda bagi yang memerlukan.