Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rogol Gadis Bawah Umur, Pekerja Dijatuhkan Hukuman Enam Tahun

gambar hiasan

KUCHING (21 Mei): Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah dia mengaku bersalah merogol gadis bawah umur seorang berusia 13 tahun.

Gadis tersebut dikenali nya melalui laman media sosial.

Menurut kertas pertuduhan, lelaki itu dituduh merogol mangsa antara 21 dan 22 Februari tahun ini, berhampiran sebuah ladang udang di Jalan Rambungan, Lundu.

Semasa perbicaraan semalam, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa mangsa adalah teman wanitanya dan  mereka telah menjalin hubungan sejak Januari tahun ini.

Dia juga memberitahu mahkamah bahawa mangsa berniat untuk melarikan diri dari rumah sebanyak empat kali.

Namun, hakim mengatakan kepada tertuduh, sepatutnya beliau tidak mengambil kesempatan daripada mangsa, dia harus melindunginya dan menghantarnya pulang.

Dalam rayuan, si tertuduh merayu agar tidak dijatuhkan hukuman berat dengan alasan bahawa dia adalah pencari nafkah utama bagi keluarganya.

Ibu mangsa membuat laporan polis apabila dapat merasakan bahawa pasangan itu melakukan persetubuhan pada hari mangsa bertemu dengan tertuduh.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan