Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis helmet kuning

Polis Siasat Kumpulan Serang Remaja

Kuching: Hangat diperkatakan di media sosial ketika ini dimana seorang remaja membuat provokasi dan mempersoalkan penentangan rakyat negara ini terhadap serangan Israel ke atas Gaza yang mencetus kemarahan ramai individu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata sekempulan individu yang marah bertindak menyerbu dan menyerang ke kediaman remaja tersebut dimana ianya melanggar peraturan di bawah 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 iaitu melakukan aktiviti terlarang melebihi lima orang.

Individu yang terlibat dinasihatkan untuk hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan yang terdiri lebih kurang 15 orang individu yang terlibat dalam aktiviti terlarang tersebut tambahan pula ada segenlintir individu gagal menggunakan pelitup muka serta tiada penjarakan sosial.

Beliau menyarankan agar masyarakat tidak mengambil tindakan sendiri, dan juga tidak menangani masalah itu secara melulu.

“Polis memandang serius kejadian ini dimana lebih – lebih lagi pada masa sekarang kita masih berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan dan masyarakat sepatutnya tidak mengambil tindakan sendiri,” katanya.

Tags: #bm, Kuching

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan