Tidak berjaya sebagai Miss Universe tidak bermakna perjalanan Francisca Luhong akan berhenti begitu saja. Sebaliknya ia adalah satu permulaan yang baru untuk Francisca meneruskan kariernya. Kejayaan Francisa secara tidak langsung memberi inspirasi dan dorongan kepada golongan anak muda dan belia khususnya belia Sarawak untuk mengejar cita-cita sehingga berjaya.
Beliau bukan sahaja semakin matang malah telah mempelajari banyak ilmu sepanjang mengikuti pertandingan Miss Universe. Beliau juga meluaskan kenalan yang berbeza agama dan bangsa dari serata dunia. Disebalik sokongan padu daripada tanah airnya sendiri, Wakil Miss Universe Vietnam 2020, Tran Khanh Van, merupakan rakan sebilik dan juga kawan baik Francisca sepanjang pertandingan itu berlangsung.
Keakraban dua sahabat baik ini dapat dilihat apabila Francisca memuat naik status twitter dengan sentiasa memberi sokongan padu dan dorongan kepada sahabat baiknya itu agar dia berjaya sampai ke peringkat akhir.
Sebagai satu-satunya peserta berbangsa Iban-Kenyah dari Sarawak untuk mewakili Malaysia semasa pertandingan Miss Universe, tidak mematahkan semangatnya untuk terus bersaing dengan wakil- wakil negeri lain.