Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki serang pemuda lain

Dua terperangkap dalam kereta, seorang maut.

Seorang maut manakala seorang lagi tidak sedarkan diri selepas terperangkap di dalam sebuah kereta dalam satu kejadian di hadapan sebuah pasaraya di Jalan Batu Kawa sekitar jam 6:37 petang pada Isnin.

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan terus diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.

Bagaimanapun pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan salah seorang mangsa, Vong Diing Lian, 39, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang merupakan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30an dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jasad Vong diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan