Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gemar Makan Anggur, Tanam Sendiri Sebab Mahal Beli di Kedai

SEORANG pesara tentera laut yang sangat gemar makan buah anggur memilih menanam buah itu sendiri di rumahnya daripada terus membeli dari kedai atau pasaraya.

Walaupun pernah kecewa apabila percubaannya menanam anggur gagal berkali-kali,  Mortadza Busna, 59, tidak berputus asa dan kini usahanya itu membuahkan hasil apabila beliau mempunyai ladang anggur mini di rumahnya di Sarikei.

“Nak makan, petik sendiri, tak perlu beli,” katanya.

Beliau kini menjadikan penanaman anggur sebagai hobi mengisi lapangnya dan tiada niat untuk menjual hasil tanamannya.

“Saya mula-mula menanam dulu sebanyak 40 batang pokok tapi, semuanya tidak menjadi sebabkan kurang pengetahuan, macam mana penjagaan, penanaman dan membaja pokok anggur ini.

“Sebenarnya memang tidak mudah untuk menanam pokok anggur sampai pokonya berbuah, kadang-kadang kalau kita tanam dalam dua pokok, tiga pokok pun tidak menjadi tapi saya terus cuba samppai menjadi,” katanya yang turut mempelajari tips-tips penanaman anggur yang betul berpandukan Internet.

Mortadza Busna menunjukkan buah anggur yang ditanam di rumahnya

Mortadza yang juga graduan kejuruteraan pengurusan Universiti Teknologi Malaysia berkata cuaca merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pokok anggur lambat membesar dan tidak berbuah.

Bagaimanapun menurutnya, masalah itu dapat diatasi sekiranya tanaman tersebut dijaga dengan cara yang betul dan rapi.

“Anggur ini yang saya tanam sekarang mengeluarkan buah dalam setahun tiga kali, tiga bulanlah tiga bulan sekali tuai, tiga bulan sekali tuai, dalam setahun tiga kali. Anggur ini kalau dah tua, dia akan rasa manis memang manis, kalau tuan-tuan nak merasa datang dekat saya punya rumah dekat susur jambu, petik sendiri”

Walaupun berbuah dengan lebat, Mortadza tidak pernah berhasrat untuk menjual anggurnya namun bersedia berkongsi ilmu kepada mereka yang berminat untuk menanamnya.

Tambahnya lagi, ia merupakan sebahagian pendekatannya untuk berbudi kepada tanah selain ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.

“Buah anggur ini hanya untuk saya tanam sendiri sahaja, sekiranya ada kawan-kawan nak datang, nak belajar cara-cara nak tanam anggur, datanglah ke rumah dan saya akan memberi pengetahuan cara-cara nak meracun, nak planning, itu yang paling membahagiakan,” katanya kepada TVS.

Beliau bukan sahaja tidak lokek berkongsi ilmu mengenai penanaman anggur tetapi  benih anggur juga diberikannya secara percuma kepada sesiapa sahaja yang minat menanam anggur.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan