Orang-orang Sarawak pasti kenal dengan Knowno kan? Salah seorang rapper Sarawak yang terkenal dengan lagu-lagunya seperti Matahari, Donchu Ever Go Away dan Kmk Sayang Gerek Kmk. Kenangan lalu pasti akan mengusik jiwa pabila anda mendengar lagu-lagu ini!
Kali ini dalam episod Sik Lamak Gik Sungke, Knowno telah berganding bahu dengan Ain Suhada dengan memasak beberapa juadah buat berbuka atau dalam bahasa Sarawaknya, sungke!
Sarawak terkenal dengan hidangan Umai yang boleh dikatakan sushi versi Sarawak. Selalunya ia diperbuat daripada ikan mentah dan ada juga yang menggunakan udang. Knowno sebenarnya alah dengan makanan laut, namun tetap menyahut cabaran yang dipanggil menu challenge yang diberikan Ain untuk membuat Umai Seafood.