Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Alah makanan laut, tapi Knowno mampu buat Umai Seafood?

ByDayang Sorfina

Orang-orang Sarawak pasti kenal dengan Knowno kan? Salah seorang rapper Sarawak yang terkenal dengan lagu-lagunya seperti Matahari, Donchu Ever Go Away dan Kmk Sayang Gerek Kmk. Kenangan lalu pasti akan mengusik jiwa pabila anda mendengar lagu-lagu ini!

Kali ini dalam episod Sik Lamak Gik Sungke, Knowno telah berganding bahu dengan Ain Suhada dengan memasak beberapa juadah buat berbuka atau dalam bahasa Sarawaknya, sungke! 

Sarawak terkenal dengan hidangan Umai yang boleh dikatakan sushi versi Sarawak. Selalunya ia diperbuat daripada ikan mentah dan ada juga yang menggunakan udang. Knowno sebenarnya alah dengan makanan laut, namun tetap menyahut cabaran yang dipanggil menu challenge yang diberikan Ain untuk membuat Umai Seafood. 

Haritu Ardin Belarek dah buat Mee Kolok Salmon sambil cari jodoh, agak-agak Knowno berjaya tak masak Umai Seafood nanti?

Jangan lupa saksikan telatah Ain Suhada bersama tetamu-tetamu jemputan di Sik Lamak Gik Sungke, hanya di TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan