Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Tutup Sekolah Di Zon Merah Mulai Esok

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Semua sekolah di Sarawak yang berada di dalam zon merah akan ditutup selama 14 hari bermula esok, 20 April 2021.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, langkah tersebut diambil bagi mengekang penularan COVID-19 terutamanya melibatkan golongan pelajar dan guru.

“Kita nampak jangktian di kawasan sekolah, boleh berjangkit kepada ibu bapa, atau ibu bapa kepada anak iaitu pelajar. Ada pula guru yang menjangkiti warga sekolah yang lain,” katanya pada sidang media khas penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di sini.

KETUA Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media khas penguatkuasaan SOP.

Sehingga semalam, sebanyak 18 daripada 40 daerah di Sarawak dikategorikan sebagai zon merah, zon jingga (5), zon kuning (12) dan zon hijau (5).

Daerah yang dikategotikan sebagai zon merah ialah Belaga, Kanowit, Selangau, Saratok, Subis, Matu, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

Enam daerah kini berada dalam zon jingga iaitu Betong, Asajaya, Bukit Mabong, Sebauh, Sri Aman dan Marudi manakala 12 daerah iaitu Pusa, Song, Bau, Kabong, Dalat, Daro, Lubok Antu, Tatau, Tanjung Manis, Pakan, Tebedu dan Limbang pula zon kuning.

Empat daerah iaitu Lawas, Telang Usan, Lundu dan Simunjan pula dikategorikan sebagai zon hijau apabila tidak mencatat kes jangkitan tempatan COVID-19 dalam tempoh 14 hari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan