Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
covid-19 sarawak

COVID-19 Sarawak: 512 Kes, Satu Kematian Dicatat

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Sarawak pada Sabtu merekodkan sebanyak 512 kes jangkitan harian COVID-19 dengan satu kematian yang dilaporkan di Miri.

Bintulu merekodkan kes harian tertinggi iaitu 149 kes diikuti Selangau (105), Sibu (95) dan Kuching (37). 

Manakala lain-lain kes dikesan di Miri (22), Mukah (17), Samarahan (15), Song (12), Kapit (12), Serian (9), Matu (9), Asajaya (6), Betong (5), Tatau (5), Bukit Mabong (3), Meradong (2), Kanowit (2), Saratok (2), Subis, Beluru, Kabong, Belaga dan Marudi masing-masing satu kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 23,432 kes manakala jumlah kematian meningkat kepada 136 orang.

Menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, daripada 512 kes yang dilaporkan, 254 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif manakala 167 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 66 kes lagi merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan 25 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan,” katanya. 

Kes kematian ke-136 pula melibatkan perempuan tempatan berumur 67 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Miri. 

Saringan ujian rt-PCR dibuat pada 13 April 2021 dan dikesan positif pada hari yang sama.

Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 13 April 2021, katanya. 

JPBNS turut memaklumkan terdapat 410 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan disaj dari 
Hospital Umum Sarawak (132), PKRC Hospital Bintulu(63), Hospital Sarikei (59), PKRC Hospital Sibu (55), PKRC Hospital Miri (39), PKRC Mukah (32), PKRC Kapit (18), Hospital Sri Aman (4), Hospital Limbang (3), PKRC Penjara Sri Aman (3), PKRC Serian (1) dan PKRC Betong (1). 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 18,077 orang. 

Sementara itu,  tiga kluster baharu turut diisytihar dengan satu daripadanya dikesan melibatkan sebuah sekolah rendah agama di Jalan Disa, Sibu.

“Tiga kluster baharu ini ialah Kluster Jalan Disa dan Kluster Jalan Ding Lik Kwong di Sibu dan Kluster Ulu Balingian di Selangau,” tambah Uggah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan