Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Enam Daripada 1,925 Sampel Kluster Kampung Hilir Sibu Positif COVID

SIBU- Hanya enam kes positif COVID-19 dikesan di Kluster Kampung Hilir di sini sepanjang gerakan pengesanan kes secara aktif (ACD) dijalankan selama tiga hari bermula 18 Mac lepas.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Dr Annuar Rapaee yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak berkata keputusan itu didapati daripada 1,925 sampel yang diambil sepanjang operasi ACD itu.

Beliau berkata sampel positif itu diperoleh pada hari pertama ACD manakala sampel yang diambil daripada penduduk pada hari kedua dan ketiga didapati negatif.

 “Walaupun tidak banyak kes positif yang dikesan, penduduk kampung di Kluster Kampung Hilir masih perlu mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan penularan COVID-19,” katanya menerusi penstriman langsung melalui laman Facebook beliau hari ini.

Operasi ACD itu dilancarkan selepas Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan kluster Kampung Hilir sebagai satu lagi kluster komuniti setelah seorang wanita berumur 22 tahun dari kampung berkenaan didapati positif penyakit itu pada 10 Mac.

Ia kemudiannya menular kepada 34 lagi penduduk.

-Bernama

Tags: #bm, covid19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan