Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

#COVID19: Dua Kluster Di Sarawak Tamat

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini telah mengisytiharkan dua kluster COVID-19 telah tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari iaitu Kluster Baki dan Kluster Seladah di Daerah Kuching.

Mengulas lebih lanjut, terdapat empat kluster yang masih aktif melibatkan Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Greenhill, dan Kluster Wisma Saberkas.

“Dimaklumkan juga bahawa satu kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini dari Hospital Umum Sarawak.

“Ini menjadikan jum;ah keseluruhan kes positif telah meningkat kepada 1,034 orang atau 96.82% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” Ujarnya.

Walaubagaimanapun, jelas JPBNS dalam satu kenyataan mengatakan, terdapat satu kes positif telah dikesan di Lawas sekaligus menjadikan kes meningkat kepada 1,068.

“Kes 1,068 ini membabitkan seorang lelaki warganegara tempatan dari Sarawak yang baru balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 iaitu dari Sabah bekerja sebagai pemeriksa perancah di sebuah tapak pembinaan di Kota Kinabalu, Sabah sebelum diberhentikan kerja pada bulan Oktober 2020.

“Kes telah balik ke Sarawak melalui ICQ Merapok, Lawas pada 28 November 2020 menggunakan kenderaan persendirian bersama dua orang rakan lain dan telah dimasukkan ke pusat kuarantin bagi menjalani kuarantin wajib 14 hari.

Tambah JPBNS, kes menjalani saringan COVID-19 pada 30 November 2020 dan keputjsan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 4 Disember 2020 setelah mengalami gejala dan menunjukkan tanda-tanda ja gkitan pada 11 November semasa berada di Sabah.

Ujarnya lagi, pengesanan kontak raoat sedang giat dijalankan dan dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan semasa berada di kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19.

“Hari ini terdapat 5 PUI baru telah dilaporkan dan satu PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” Katanya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan