BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona telah menghembus nafas terakhirnya pada usia 60 tahun.
Menurut jurucakap keluarnya, mendiang baru sahaja meninggal dunia akibat serangan jantung dan baru -baru ini telah menjalani pembedahan otak pada awal bulan ini disebabkan masalah kesihatan yang serius dan dipantau rapi doktor dirumahnya di utara Buenos Aires.
Presiden Alberta Fernanadez mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara.
Jika di imbas kembali, mendiang Maradona antara pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina.
Kredit Gambar: New Straits Times