Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

5,000 Pekerja Top Glove Telah Disaring – MB Selangor

ByEekbal Yusuf

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 pekerja kilang Top Glove di Meru, Klang telah menjalani ujian saringan COVID-19 setakat ini, manakala saringan baki sekitar 8,000 lagi pekerja akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan pihak berkuasa menutup operasi kilang itu secara berperingkat bagi mengekang penularan pandemik itu adalah wajar, susulan peningkatan kes positif sekitar kawasan berkenaan.

Malah katanya beliau akan mencadangkan dua lagi kawasan untuk dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada mesyuarat khas pada Rabu berdasarkan peningkatan jumlah kes positif dalam kluster sedia ada di Selangor.

“Petang ini saya akan cadangkan dua lagi lokasi lain untuk dilaksanakan kaedah yang hampir sama (dengan PKPD) ataupun menerusi kaedah yang kerajaan negeri sendiri tawarkan. Dua lokasi yang saya akan bentang ini, sebahagian kos operasinya (jika PKPD dilaksanakan) ditanggung oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berdasarkan Gender’ di sini semalam.

Isnin lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan 28 kilang sarung tangan Top Glove di Meru, Klang ditutup secara berperingkat susulan peningkatan kes positif COVID-19 hingga mencecah empat angka.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan