Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga Pensiangan Tinggal Di Lembah Klang Dibantu

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Beberapa keluarga berasal dari Parlimen Pensiangan di Lembah Klang yang kehidupan mereka terjejas akibat pandemik COVID-19 menerima bantuan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Arthur Joseph Kurup semalam.

Bantuan berupa barangan keperluan harian itu disampaikan Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan ketika kunjungan beliau terhadap keluarga tersebut di sini.

“Tugas dan tanggungjawab saya adalah untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di bawah jagaan saya walau di mana mereka berada. Walaupun mereka berada di Kuala Lumpur tetapi mereka juga penduduk Pensiangan, maka mereka tetap dalam ingatan saya.”

“Mudah-mudahan bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan beban dan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang dibantu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, bantuan meliputi barangan keperluan asas dan juga kewangan untuk 50 keluarga di sekitar Lembah Klang akan dilaksanakan secara berperingkat.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan